Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) | Tarikh Tutup: 11 Julai 2022

Permohonan Jawatan Kosong di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Berikut merupakan maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal MyFutureJobs hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat jawatan kosong yang dinyatakan dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Nama Jabatan : Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)

Lokasi Kekosongan : Pelbagai Negeri / Seluruh Malaysia

Kekosongan jawatan yang ditawarkan:

1. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMO GRED E29
  • Taraf jawatan : Tetap
  • Kelayakan : Diploma
  • Jadual Gaji : RM1,493.00 - RM5,672.00

2. PEMBANTU EHWAL EKONOMI GRED E19
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Kelayakan : SPM/SKM
  • Jadual Gaji : RM1,353.00 – RM4,005.00

3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Kelayakan : SPM/SKM
  • Jadual Gaji : RM1,352.00 – RM4,003.00

Syarat – Syarat Kelayakan Asas :
Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Mempunyai kelulusan atau kelayakan akademik yang sesuai sebagaimana yang diiklankan di atas.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon.

Kriteria Yang Diperlukan :-
  • Berdaya saing, pemikiran kreatif, dinamik serta matang.
  • Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan kemahiran interpersonal yang baik.
  • Sanggup menerima cabaran dan mampu bekerja secara berdikari dan dalam kumpulan.
  • Sihat tubuh badan untuk melaksanakan tugas.
  • Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain.

Cara Memohon :
Permohonan jawatan kosong di atas hendaklah dilakukan secara online (atas talian) melalui pautan iklan penuh jawatan yang disediakan di bawah.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon dikehendaki mendaftar akaun secara percuma terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

Permohonan yang lewat, tidak lengkap, tidak diakui sah atau tidak mengikut syarat akan ditolak.

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Tarikh Tutup Permohonan : 11 JULAI 2022

(Untuk memohon, pastikan anda rujuk pautan iklan penuh jawatan dibawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohanan anda.)