Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA | Tarikh Tutup: 15 September 2022

Permohonan Jawatan Kosong Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA.

Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera yang berkelayakan untuk mengisi SEGERA kekosongan jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.

JAWATAN : PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 29
  • Taraf Lantikan: Pekerja Sambilan Harian (PSH)
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan (N)
  • Gaji: RM72/hari

SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Tempoh 1 tahun

SYARAT BAHASA MELAYU :
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SENARAI TUGAS :
  • Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri (PJI) berjalan lancar serta memberikan perkhidmatan pengurusan pentadbiran pejabat dan majlis rasmi.
  • Memastikan semua keperluan rasmi dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.
  • Mempunyai keupayaan untuk bertugas dengan pengawasan yang minimum, mampu membuat tugasan yang diarahkan dan mampu untuk membuat tugasan secara berkumpulan dengan baik.
  • Membantu merancang dan mereka letak konsep pameran, grafik, multimedia dalam pelbagai persembahan serta membuat pemilihan dan penyuntingan bahan-bahan untuk produksi bahan-bahan komunikasi visual.
  • Mempunyai kemahiran menggunakan komputer dan berkebolehan dalam bidang reka bentuk dan kreatif serta berkebolehan memberikan pendapat, idea dan konsep secara profesional dengan baik.
  • Mempunyai aspek kepimpinan dan memberi khidmat cemerlang kepada pelanggan. Berkebolehan dalam menulis laporan yang berkualiti.
  • Calon Lelaki diberi keutamaan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :
i) Setiap permohonan adalah WAJIB melampirkan salinan sijil-sijil berikut yang DISAHKAN benar.
  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir Pemohon
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Salinan Skrol dan Transkrip Sijil/Diploma
  • Surat Pengesahan Majikan (jika ada)
  • Dokumen berkaitan yang boleh menyokong permohonan jawatan berkenaan.
ii) Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dimohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

iii) Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.

iv) Hanya permohonan yang ditapis senarai akan dipanggil untuk temu duga.

v) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN :
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang perjawatan Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA.

Sila kembalikan borang permohonan yang telah lengkap ke:

Dekan
Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam
42300 Bandar Puncak Alam
Selangor
(U.P: En. Mohamad Zahid Ahmad, Penolong Pendaftar Kanan)


Tarikh tutup penerimaan borang adalah pada 15 September 2022.

Rujukan : 500-FSK (PT.19/3/1)
Bil. Iklan : 3/2022
Tarikh : 1 September 2022

IKLAN JAWATAN