Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | Tarikh Tutup: 09 September 2022

Permohonan Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-

JAWATAN :
PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41 KONTRAK
  • Kekosongan: Satu (1)
  • Kumpulan: Pengurusan & Profesional
  • Gaji Minimum: RM2,418.00 Gaji Maksimum: RM9,607.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00

SYARAT LANTIKAN WAJIB :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT LANTIKAN :
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; &
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); ATAU
  • Sijil Amalan Guaman. (Gaji permulaan ialah pada Gred 141: RM2,418.00); ATAU
  • Barrister-at-law-England. (Gaji permulaan ialah pada Gred 141: RM2,418.00); ATAU
  • Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority. (Gaji permulaan ialah pada Gred 141: RM2,418.00)

DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek nasihat perundangan, guaman, penyediaan, semakan dan pengeluaran dokumen kerjasama/perjanjian dan hal ehwal antarabangsa.

CARA MEMOHON :
Sila lengkapkan Borang Permohonan jawatan melalui pautan yang telah disediakan di bawah. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dimajukan kepada Bahagian Pentadbiran di talian 03-8921 3770 atau melalui emel ptdpkp@ukm.edu.my.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 09 SEPTEMBER 2022

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.

Jika calon tidak menerima sebarang maklumat selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan, calon dianggap gagal melepasi saringan pertama.


IKLAN JAWATAN