Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Personel MySTEP Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi | Tarikh Tutup: 05 September 2022

Permohonan Jawatan Kosong di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Berikut merupakan maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal MyFutureJobs hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat jawatan kosong yang dinyatakan dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Pusat Khidmat Kontraktor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi satu (1) jawatan kontrak di bawah Personel Short Term Employment Program (MySTEP) bagi tahun 2022 seperti berikut:

JAWATAN : PERSONEL MySTEP GRED 29
  • Gaji: RM 1,800.00
  • Tempoh: 3 bulan
  • Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
  • Penempatan: Ibu Pejabat Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

SYARAT LANTIKAN :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. Kelayakan Akademik seperti berikut:
  • i) Memiliki kelulusan minima Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • ii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS :
  • Mempunyai kemahiran dan pengalaman menggunakan perisian multimedia seperti Adobe Photoshop, Canva, SketchUp atau lain-lain perisian yang berkaitan;
  • Mempunyai kemahiran untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan, pemasangan dan peningkatan keupayaan komputer;
  • Bertanggungjawab dalam membantu memberikan khidmat sokongan teknikal dan melaksanakan tugas-tugas pengoperasian yang melibatkan ICT (Sistem dan Rangkaian);
  • Bertanggungjawab dalam membantu memberikan latihan berkaitan sistemsistem ICT yang terdapat di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK); dan
  • Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON :
Bagi calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut sebelum 5 September 2022 (Isnin) ke alamat dibawah:
  • a. Resume terkini beserta gambar bewarna ; dan
  • b. Salinan Sijil berkaitan (SPM/STPM/DIPLOMA)

Pusat Khidmat Kontraktor
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Aras 5, Blok Menara , Menara Usahawan
No.18, Persiaran Perdana, Presint 2
62650 Putrajaya
(U.p: Seksyen Pentadbiran, Perkhidmatan dan Aset)

Atau emelkan permohonan kepada pegawai berikut:
  • rohana.kamarul@medac.gov.my
  • nurulainakz@medac.gov.my