Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) | Tarikh Tutup: 28 September 2022

Permohonan Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Berikut merupakan maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal MyFutureJobs hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat jawatan kosong yang dinyatakan dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Kontrak di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor

1. PEMBANTU OPERASI GRED N11
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Taraf Jawatan: Kontrak
Kekosongan Jawatan: 4
Kelayakan Akademik: PMR/PT3
Jadual Gaji: RM 1,216.00 RM 2,983.00
Elaun :
  • i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM95.00
  • ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
  • iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM350.00
Syarat Lantikan :
1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.); atau
  • ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali Lesen Memandu Percubaan (P). (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).
2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. PEMBANTU AWAM GRED H11
Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Taraf Jawatan: Kontrak
Kekosongan Jawatan: 10
Kelayakan Akademik: PMR/PT3
Jadual Gaji: RM 1,218.00 RM 2,939.00
Elaun:
  • i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 95.00
  • ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
  • iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM 350.00
Syarat Lantikan :
1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).
2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :
a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang MPAJ 1 (Percuma) yang boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan atau muat turun borang melalui laman web Majlis Perbandaran Ampang Jaya iaitu www.mpaj.gov.my

b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:
  • i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
  • ii) Salinan Sijil-sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah;
  • iii) Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara - (jika berkenaan);
  • iv) Sekeping gambar ukuran passport (warna); dan
  • v) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan.
c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 (Disertakan bersama rekod perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan LNPT yang terkini).

d) Calon-calon yang terpilih akan menjalani Ujian Kecerdasan (IQ Test) dan Ujian Kecergasan (Fitness) (sekiranya ada) sebelum layak dipanggil untuk sesi temuduga.

PENTING :
  • i. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.
  • ii. Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
  • iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  • iv. Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
  • v. Slip akuan penerimaan borang permohonan hendaklah diisi dan disertakan dengan setem RM1.50 sen
  • vi. Sebarang pertanyaan atau kesulitan sila hubungi talian 03-4285 7040 / 7037. Semua permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN ARAS 4
MENARA MPAJ
JALAN PANDAN UTAMA
PANDAN INDAH
55100 KUALA LUMPUR
(U.P: BAH. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Diiklankan pada : 15 September 2022 (Khamis)
Tarikh tutup permohonan pada : 28 September 2022 (Rabu)


KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK NEGERI SELANGOR

Muat turun iklan jawatan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini