Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) | Tarikh Tutup: 30 September 2022

Permohonan Jawatan Kosong di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Berikut merupakan maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal MyFutureJobs hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat jawatan kosong yang dinyatakan dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan seperti berikut:

JAWATAN : PEMANDU KENDERAAN SAMBILAN
  • Kekosongan : 1 kekosongan sahaja
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran

SYARAT LANTIKAN :
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan
c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh kerajaan;
    (ii) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H//PSV yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
    (iii) Kebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangannya Gred C) dalan subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON :
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan mencatatkan butir-butir peribadi serta kelayakan yang diperlukan/(Resume).
  • Sertakan sekeping gambar berukuran pasport
  • Sertakan 1 salinan Kad Pengenalan
  • Sertakan salinan sijil PT3/PMR (telah disahkan)
  • Sijil-sijil dan dokumen-dokumen berkaitan telah disahkan)
Sila hantar permohonan ke alamat di bawah:

Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA Tun Abdul Razak
KM 9, Jalan Kuantan - Pekan, Pulau Serai,
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.


Tarikh Tutup Iklan : 22 September 2022 (Pada 12.00 Tengah Hari)

IKLAN JAWATAN KOSONG