Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Personel MySTEP Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia & Sukan | Tarikh Tutup: 15 September 2022

Permohonan Jawatan Kosong di Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia & Sukan.

Berikut merupakan maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal MyFutureJobs hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat jawatan kosong yang dinyatakan dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia & Sukan mempelawa warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-

JAWATAN : PENOLONG JURUTERA
  • Kekosongan: Satu (1)
  • Kadar Upah: RM 1,800.00 Sebulan
  • Tempoh Perkhidmatan: 1 Tahun
  • Penempatan: Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia Dan Sukan
  • Kemudahan: Cuti Rehat Cuti Sakit Caruman KWSP & PERKESO

SYARAT-SYARAT LANTIKAN :
  • Warganegara Malaysia Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki Diploma dalam Bidang Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan yang setaraf dengannya

DESKRIPSI TUGAS :
Tugasan pegawai terlibat akan bertanggungjawab kepada urusan:
  • i. Membantu menyemak spesifikasi yang dikemukakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan;
  • ii. Membantu menyelaras proses dan kerja-kerja penyelenggaraan;
  • iii. Membantu menyemak dan merekodkan permohonan penyelenggaraan dan pembaikan kecil;
  • iv. Membantu menyemak skop yang dikemukakan oleh bagi permohonan peruntukan pembangunan;
  • v. Membantu urusan pendokumentasian di Cawangan;
  • vi. Bertindak sebagai urus setia mesyuarat penyelarasan projek bersama pihak JKR;
  • vii. Mendapatkan maklumat kemajuan projek daripada agensi pelaksana untuk dikemaskini di dalam Sistem Atas Talian;
  • viii. Membantu memantau pelaksanaan projek pembangunan dan penyelenggaraan di Jabatan; dan
  • ix. Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON :
i. Resume terkini beserta gambar berukuran passport;
ii. Salinan kad pengenalan;
iii.Salinan sijil akademik;
iv.Salinan Sijil Vaksinasi MySejahtera

Diemelkan kepada:
pengurusan.ilead2@gmail.com

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
15 SEPTEMBER 2022 (KHAMIS)
Jam 5.00 Petang

Permohonan yang tidak menerima sebarang pemakluman selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

UNTUK KETERANGAN LANJUT 
Sila Hubungi : Puan Norellyza Bin Zulkaflee di talian 03-8893 4801 /norellyza@kbs.gov.my