Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Personel MySTEP Jabatan Alam Sekitar | Tarikh Tutup: 22 September 2022

Permohonan Jawatan Kosong Personel MySTEP Jabatan Alam Sekitar.

Berikut merupakan maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal MyFutureJobs hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat jawatan kosong yang dinyatakan dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang bersesuaian untuk mengisi SEGERA kekosongan jawatan Personel MySTEP seperti yang tertera dibawah :

JAWATAN : Personel MySTEP Gred C29

STATUS JAWATAN : Kontrak (Tempoh perkhidmatan pada Oktober sehingga 31 Disember 2022)

PENEMPATAN : Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (Shah Alam)

KADAR UPAH : RM1,800.00 sebulan (termasuk caruman KWSP & PERKESO)

KEPERLUAN : Satu (1) kekosongan

KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN :
  • Cuti Rehat (12 hari setahun)
  • Cuti Sakit (14 hari setahun)
(*Dikira secara purata (pro rate) berdasarkan tempoh kontrak)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :
  • Warganegara Malaysia sahaja (keutamaan kepada yang menetap di Negeri Selangor).
  • Berumur antara 18 tahun hingga 35 tahun dari tarikh tutup tawaran pengiklanan.
  • Memiliki kelulusan diploma/setaraf dalam bidang geospatial daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Boleh bekerja secara berpasukan di bawah pengawasan yang minimum dan boleh menyiapkan tugasan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
  • Berkemahiran menggunakan perisian Google Earth, ArcGIS dan Pix4D mapper dalam kerja Fotogrametri.
  • Keutamaan kepada mereka yang berkemahiran dalam pengendalian dron.
  • Mempunyai permit penerbangan adalah satu kelebihan.

DESKRIPSI TUGAS :
  • Melaksanakan tugas-tugas umum melibatkan pengurusan aduan, pembakaran terbuka dan kes kecemasan.
  • Menjalankan misi penerbangan dron dan pencerapan data fotograf di Johan Setia, Klang.
  • Membuat pemetaan kawasan hotspot/prone area di dalam aplikasi GIS bagi rujukan dan pelan tindakan penguatkuasaan.
  • Menghasilkan dan memproses data fotograf (Imej orthofoto), imej 3D dan video untuk penganalisisan data menggunakan perisian Pix4D.

CARA-CARA MEMOHON :
Calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen yang telah disahkan kedalam satu format dokumen (.pdf) seperti:
  • Resume/CV beserta gambar warna berukuran passport.
  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan sijil akademik (PMR, SPM. Diploma/ljazah).
melalui e-mel kepada jantna@doe.gov.my atau yuzwan@doe.gov.my selewat-lewatnya sebelum atau pada 22 September 2022 dengan tajuk emel PERMOHONAN PERSONEL MYSTEP JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR GRED 29.
  • Permohonan yang tidak lengkap/lewat TIDAK AKAN dipertimbangkan.
  • Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga secara atas talian.
  • Sila hubungi 03-5519 7233 jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai permohonan.

IKLAN JAWATAN KOSONG