Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Personel MySTEP Jabatan Kesihatan Negeri Perlis | Tarikh Tutup: 22 September 2022

Permohonan Jawatan Kosong Personel MySTEP Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Berikut merupakan maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal MyFutureJobs hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat jawatan kosong yang dinyatakan dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang bersesuaian untuk mengisi SEGERA kekosongan jawatan Personel MySTEP seperti yang tertera di bawah :

JAWATAN : PERSONEL MYSTEP

SYARAT LANTIKAN :
  • Warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih 35 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan/atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Lengkap Vaksinasi (2 Dos Suntikan).
  • Mampu bekerja dalam seliaan minimum

SKOP TUGAS :
  • Mereka bentuk grafik dan infografik bagi tujuan pendidikan kesihatan dan promosi program.
  • Mahir dan berpengalaman dalam mengunakan perisian Adobe illustrator, Photoshop dan lain-lain perisian.
  • Mempunyai daya kreativiti yang boleh disesuaikan dengan pelbagai topik dan keperluan tertentu.
  • Kemahiran lain amat digalakkan.

BUTIRAN GAJI DITAWARKAN / KEMUDAHAN :
  • Gaji ditawarkan: RM 2,000 (termasuk caruman KWSP & PERKESO)
  • Status Lantikan: Kontrak
  • Kekosongan: Satu (1)
  • Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP & PERKESO
  • Tempat Bertugas: Unit Promosi Kesihatan, JKN Perlis

CARA MEMOHON :
  • Permohonan hanya diterima melalui emel anmsperlis@moh.gov.my
  • Permohonan mestilah lengkap: Resume berserta gambar, salinan Kad Pengenalan dan salinan sijil akademik -
  • Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 22 September 2022 (Khamis).

IKLAN JAWATAN KOSONG