Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB) | Tarikh Tutup: 20 September 2022

Permohonan Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Berikut merupakan maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal MyFutureJobs hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat jawatan kosong yang dinyatakan dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Nama Jabatan : Tenaga Nasional Berhad

Lokasi Kekosongan : Semenanjung Malaysia

Kekosongan jawatan yang ditawarkan:

1. METER READER
  • Gaji Pokok : RM1,500.00 sebulan
  • Elaun Elektrik : RM85.00 sebulan
  • Elaun Dobi : RM60.00 sebulan
  • Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat & Kelayakan :
  • Warganegara Malaysia. (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB)
  • Memiliki Diploma dari Politeknik atau Universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang yang berkaitan dengan tugas-tugas di Tenaga Nasional Berhad; atau
  • Memiliki Sijil Penjaga Jentera Elektrik (sekurang-kurangnya AO) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) mata pelajaran termasuk : Bahasa Malaysia, Matematik atau Sains
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik
  • Tidak rabun warna serta sihat tubuh badan.
  • Memiliki lesen memandu B2 (Lesen L adalah tidak layak) dan mempunyai motorsikal.
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.
  • Boleh bekerja dalam satu pasukan dan mempunyai tahap komunikasi yang baik.Hanya terhad kepada calon lelaki sahaja.Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.

2. JURUTEKNIK TINGKATAN BIASA
  • Gaji Pokok : RM1,800.00 sebulan
  • Elaun Elektrik : RM85 sebulan
  • Elaun Dobi : RM60 sebulan
  • Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Kelayakan :
  • Warganegara Malaysia. (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB)
  • Mempunyai Diploma Kejuruteraan (Elektrik / Civil (Awam) / Power (Kuasa) / GIS) dari Politeknik tempatan dan Universiti-Universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dengan keputusan minima CGPA 2.50.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) matapelajaran termasuk kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Pemohon yang mempunyai sijil Penjaga Jentera Elektrik sekurang-kurangnya AO adalah merupakan satu kelebihan.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
  • Tidak rabun warna serta sihat tubuh badan.
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Tidak merokok / sebarang bentuk rokok elektronik
  • Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.
  • Boleh bekerja dalam satu pasukan.
  • Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.

Cara Memohon :
Permohonan jawatan kosong di atas hendaklah dilakukan secara online (atas talian) melalui pautan iklan penuh jawatan yang disediakan di bawah.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon dikehendaki mendaftar akaun secara percuma terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

Permohonan yang lewat, tidak lengkap, tidak diakui sah atau tidak mengikut syarat akan ditolak.

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Tarikh Tutup Permohonan : 20 September 2022

(Untuk memohon, pastikan anda rujuk pautan iklan penuh jawatan dibawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohanan anda.)