Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (UPM) | Tarikh Tutup: 15 September 2022

Permohonan Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Berikut merupakan maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal MyFutureJobs hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat jawatan kosong yang dinyatakan dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Sekolah Pengajian Siswazah UPM dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN : Pegawai Eksekutif (PE3)

PENEMPATAN : Unit Perhubungan Institusi dan Bantuan Kewangan, Sekolah Pengajian Siswazah

TERMA LANTIKAN : Kontrak 1 tahun (diperbaharui secara tahunan berdasarkan prestasi)

IMBUHAN BULANAN : RM3,000 sahaja (turut diberi kemudahan perubatan bagi diri sendiri sahaja, serta cuti rehat dan cuti sakit mengikut kelayakan dan peraturan semasa yang berkuatkuasa)

KRITERIA PELANTIKAN :
  • Calon-calon adalah terbuka kepada warganegara Malaysia
  • Memiliki kelayakan minimum Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • Mempunyai pengalaman 1 hingga 3 tahun.

SYARAT UMUM :
  1. Mahir dalam teknologi dan penggunaan komputer termasuklah aplikasi asas seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Powerpoint dan lain-lain;
  2. Berkebolehan berkomunikasi dan menulis dengan cemerlang dalam Bahasa Inggeris;
  3. Boleh memimpin projek secara berdikari.
  4. Analitikal, berdisiplin, bertanggungjawab, cekap dan boleh berkerja dalam satu kumpulan; dan
  5. Mempunyai ketrampilan yang baik.

CARA MEMOHON :
Permohonan bolehlah dibuat dengan menggunakan:
1. Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Sokongan (SOK/BUM/BR03/Jawatan 02) yang boleh dimuat turun daripada laman web Pendaftar UPM dari link https://pendaftar.upm.edu.my/faildokumen/ (klik pada Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Professional- fail no 20).
2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama resume/CV dan lain-lain yang berkaitan boleh dihantar ke alamat emel azrulnizam@upm.edu.my (En. Azrul Nizam Azmi).

Tarikh tutup permohonan: 15 September 2022, jam 5.00 petang

Timbalan Pendaftar
Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang